fbpx
MARQUEZ terpaksa akur rekod kejayaan dalam 15 perlumbaan sebelum ini dileburkan adiknya sendiri pada GP Catalan kelmarin. - AFP

MotoGP: Marquez dedah punca gagal di Catalunya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Marc Marquez secara terbuka mengakui kehebatan adiknya, Alex Marquez, yang bijak menggunakan kelemahannya di selekoh untuk menamatkan rentetan 15 kemenangan berturut-turut diraihnya pada Grand Prix (GP) Catalunya.

Pendahulu kejuaraan MotoGP itu terpaksa akur selepas Alex mempamerkan tunggangan sempurna untuk merampas kemenangan, sekali gus menafikan hasrat Marquez untuk meraih 37 mata penuh bagi kali kelapan berturut-turut.

Menurut Marquez, punca utama kekalahannya adalah kerana Alex jauh lebih handal di selekoh-selekoh kanan yang disifatkannya sebagai kelemahan ketara pada gaya tunggangannya di litar tersebut.

“Dia sangat handal di selekoh-selekoh yang menjadi titik kelemahan saya, iaitu selekoh ke kanan, terutamanya di selekoh 3, 13, 14, dan selekoh 9.

“Dia menunggang dengan sangat baik. Lancar dan jenteranya sangat stabil. Saya berada di belakangnya dengan kelajuan sama, tetapi saya terpaksa bergelut untuk mengawal jentera.

“Apabila ini berlaku, ia berkaitan dengan gaya tunggangan anda, bukan jentera. Jadi, dia menunggang lebih baik di selekoh-selekoh itu,” kata pelumba pasukan Ducati itu.

Marquez menjelaskan, beliau cuba untuk merapatkan jurang di selekoh-selekoh kiri, namun ia tidak mencukupi untuk menandingi kepantasan yang dipamerkan oleh pelumba pasukan Gresini itu.

Kemenangan Alex menyebabkan Marquez kini perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga Grand Prix Jepun pada hujung September untuk peluang pertamanya mengesahkan gelaran juara dunia 2025. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI