fbpx
Neelofa nekad mendalami bahasa Arab demi menambah kecintaan terhadap kitab suci al-Quran.

‘Moga Allah rezekikan saya baca al-Quran tanpa merujuk maksud’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Enggan sekadar membaca tanpa mengetahui maksud, usahawan dan selebriti popular, Neelofa nekad mendalami bahasa Arab demi menambah kecintaan terhadap kitab suci al-Quran.

Ujar Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 36, perjuangan itu lahir daripada hasrat mahu membaca al-Quran dengan kefahaman dan penghayatan mendalam tanpa perlu bergantung pada terjemahan.

“Perjuangan ini demi mencintai al-Quran lagi dan lagi.

“Belajar bahasa Arab moga Allah rezekikan untuk saya dapat membaca al-Quran dengan faham satu persatu tanpa perlu merujuk maksud. Amin ya rabb aminn,” tulisnya di Instagram.

Perkongsian tersebut segera menarik perhatian netizen yang rata-rata kagum dengan usaha bekas pengacara MeleTOP itu selain menganggapnya sebagai sumber inspirasi buat wanita lain.

“Neelofa bukan sekadar ikon fesyen atau usahawan berjaya, tetapi dia juga contoh wanita muslimah moden yang terus mendekatkan diri kepada agama,” kata seorang pengguna media sosial.

“Masya-Allah, kagum melihat kesungguhan Neelofa. Walau sibuk dengan perniagaan, masih mencari ruang untuk belajar bahasa Arab. Inspirasi buat ramai,” komen pengikut.

Untuk rekod, ibu dua anak itu mula mengenakan tudung penuh pada Julai 2014 dan tampil berniqab sejak Oktober 2020, sekali gus mencetuskan fenomena baharu dalam kalangan peminat wanita Muslim di negara ini.

Pada 27 Mac 2021, beliau sah bergelar isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail.

Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN