fbpx
Mohd. Nizam ketika berucap pada pembukaan ACDFM di Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh SHIDDIQIEN ZON/KOSMO!

Malaysia tekankan solidariti dan keamanan serantau di ACDFM ke-22

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia menegaskan komitmennya untuk memperkukuh kerjasama pertahanan serantau berteraskan solidariti, kepercayaan dan tindakan bersama dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks di rantau ini.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohd. Nizam Jaffar berkata, Persidangan Panglima Angkatan Tentera ASEAN ke-22 (ACDFM) yang berlangsung hari ini adalah satu komitmen untuk melindungi negara.

Selain itu, beliau berkata persidangan ini bertujuan untuk mengukuhkan ikatan serta persediaan bersama bagi menghadapi cabaran yang akan datang.

“Malaysia menegaskan bahawa tuntutan terhadap kepimpinan serantau kini semakin besar, memerlukan pertimbangan matang, pandangan strategik dan tekad bertindak tegas apabila keadaan menuntut.

“Sejak ditubuhkan, ACDFM telah matang sebagai platform dipercayai dalam membina pemahaman dan kerjasama antara angkatan tentera ASEAN,” katanya dalam ucapan pembukaan ACDFM, di sini, hari ini.

Mohd. Nizam turut mengingatkan keamanan dan kestabilan boleh diuji pada bila-bila masa dan sebarang kelalaian akan mendatangkan implikasi yang besar kepada negara.

Justeru beliau berkata, barisan kepimpinan negara ASEAN perlu strategik dan bijak dalam membuat keputusan serta berani bertindak tegas apabila diperlukan.

“Ketua-ketua pertahanan ASEAN digesa mengambil langkah berani ke arah memperkukuh kerjasama, termasuk struktur operasi yang melibatkan keselamatan maritim, memerangi keganasan, pertahanan siber dan respons terhadap bencana.

“Kita mengambil langkah berani untuk mempertingkatkan interoperabiliti, memperluas latihan bersama, dan mengukuhkan kerangka operasi untuk rondaan maritim, memerangi keganasan, pertahanan siber dan bantuan bencana,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI