fbpx
Gambar hiasan

Jabatan Pendakwaan Syariah buat rayuan keputusan lepas, bebas anggota GISBH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan akan memfailkan permohonan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah di sini Isnin lalu berhubung keputusan melepas dan membebaskan mudir dan pengerusi sebuah madrasah berkaitan GISB Holding Sdn. Bhd. (GISBH) daripada pertuduhan menyebarkan ajaran salah pada tahun lalu.

Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan, Raja Mazelan Raja Deraman berkata, pihak pendakwaan secara dasar menghormati keputusan yang telah dibuat di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992.

Raja Mazelan berkata, bagaimanapun pihak jabatan mengharapkan keputusan yang lebih wajar daripada beberapa sudut terutama berhubung kesalahan yang dilakukan.

“Jabatan percaya rayuan yang akan dibuat nanti bakal mempertimbangkan keputusan yang lebih wajar daripada beberapa sudut khususnya terhadap kesalahan yang dilakukan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas beliau, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan telah membuat keputusan tersebut di peringkat akhir kes pendakwaan pada Isnin lalu bagi tertuduh Zahanizam Rohan, 52, dan Lutfi Mohamad Hamin, 59. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN