fbpx
POSTECOGLOU

EPL: Postecoglou bebas status ‘pengganggur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Nottingham Forest dilapor bersedia untuk melantik bekas pengendali Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou sebagai pengurus baharu pasukan itu selepas pemecatan Nuno Espirito Santo kelmarin.

Sumber memberitahu, pengurus dari Australia itu akan menandatangani kontrak bersama Forest sehingga 2027 selepas beliau dipecat oleh Spurs pada Mei lalu selepas membantu pasukan itu menjuarai Liga Europa.

Postecoglou dilapor akan memulakan debutnya bersama Forest menjelang aksi menentang Arsenal pada Sabtu ini di Emirates sekali gus menyaksikan impian beliau kekal di Liga Perdana Inggeris menjadi kenyataan.

Beliau sebelum ini turut dikaitkan dengan jawatan di Bayer Leverkusen menggantikan Erik Ten Hag, selain dua kelab dari Turkiye, Besiktas dan Fenerbahce juga turut mendambakan sentuhannya.

Pengurus berusia 60 tahun itu dianggap memiliki pengalaman yang cukup luas apabila pernah membimbing skuad kebangsaan Australia sebelum ke Jepun untuk bersama Yokohama F. Marinos serta menikmati kejayaan selama dua musim di Celtic.

Bersama Spurs, Poctecoglou berjaya membantu kelab itu menamatan penantian 17 tahun tanpa trofi ketika menjuarai Liga Europa, namun selepas 16 hari meraikan kejayaan itu, beliau dipecat.

Forest pula membuat keputusan memecat Nuno ekoran hubungannya yang semakin renggang dengan pemilik kelab, Evangelos Marinakis sejak beberapa bulan lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI