fbpx
ODEGAARD

EPL: Odegaard enggan peduli kritikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Kapten Arsenal, Martin Odegaard enggan menjadikan kritikan dan keraguan terhadap kemampuannya mengetuai pasukan itu sebagai alasan untuk gagal memberikan aksi terbaik buat pasukan.

Odegaard, 26, muncul sebagai tonggak The Gunners sejak 2022 dan membantu pasukan itu muncul pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris sejak tiga musim lalu biarpun terpaksa akur untuk sekadar muncul naib juara.

Pemain antarabangsa Norway itu masih kekal membantu pasukan dengan meledak 26 gol dan 26 umpanan jaringan biarpun dibebani tugas sebagai ketua pasukan itu.

Bagaimanapun, banyak pihak yang berpendapat bahawa pemain itu dianggap tidak layak untuk menggalas tugas berkenaan selepas pemergian Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexander Lacazette.

Antara yang kuat mempertikaikan kemampuan Odegaard adalah legenda Arsenal sendiri, Tony Adams yang menganggap pengendali pasukan itu, Mikel Arteta perlu berani membuat keputusan melantik Declan Rice sebagai ketua pasukan baharu.

Bagaimanapun, Odegaard enggan perkara itu menyelubungi dan menjejaskan prestasinya bersama pasukan itu selain menganggap semua orang mempunyai hak untuk mengeluarkan pendapat masing-masing.

“Saya tidak begitu mengendahkan kritikan itu. Semua orang mempunyai pandangan dan boleh berkata apa sahaja yang mereka inginkan dan saya tidak terkesan. Saya tidak kisah apa yang mereka katakan,” jelasnya.

Arteta sebelum ini mendedahkan bahawa beliau sudah membuat undian untuk memilih ketua pasukan itu dan seluruh pasukan itu kekal memberikan kepercayaan terhadap Odegaard. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN