fbpx
Abdul Fattah (dua dari kanan) dan Azam (dua dari kiri) bergambar selepas MoU antara Angkasa dan SPRM di Auditorium Angkasa, Kelana Jaya, hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

Angkasa, SPRM jalinan kerjasama sifar rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerjasama strategik Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) penting bagi memastikan koperasi di seluruh negara bebas daripada salah guna kuasa dan penyelewengan.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, Angkasa bukan hanya memberi tumpuan kepada pembangunan perniagaan, malah komited menegakkan integriti serta amalan tadbir urus yang baik.

“Dengan adanya kerjasama bersama SPRM, saya percaya budaya sifar toleransi terhadap rasuah dalam setiap lapisan koperasi dapat diwujudkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Angkasa dan SPRM yang disaksikan Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerjasama itu akan berlangsung selama lima tahun dengan fokus memperkukuh budaya integriti, mendidik serta mencegah rasuah dalam gerakan koperasi yang kini merangkumi 16,284 buah koperasi di seluruh negara.

Katanya, Angkasa juga memperoleh pensijilan ISO ABMS 37001:2016 bagi sistem pengurusan anti-rasuah serta melatih pegawai melalui program Certified Integrity Officer (CeIO).

Tambahnya, tadbir urus yang telus dan berintegriti bukan sahaja melindungi kepentingan anggota koperasi tetapi memberi kesan langsung kepada keyakinan pemegang taruh, rakan perniagaan serta komuniti setempat terhadap koperasi sebagai tonggak pembangunan ekonomi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN