fbpx
Hafidz meluahkan kerinduan terhadap dua permata hatinya, Umar dan Umairah selepas hampir dua tahun terpisah beribu batu.

Abah rindu sangat, harap kita jumpa satu hari nanti – Hafidz Roshdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Anak jauh di perantauan, pelakon Hafidz Roshdi meluahkan kerinduan terhadap dua permata hatinya, Umar dan Umairah selepas hampir dua tahun terpisah beribu batu.

Hafidz atau nama lengkapnya, Muhammad Hafidz Roshdi, 31, berharap kedua-dua anaknya itu bergembira sempena hari jadi mereka yang diraikan semalam.

“Salam Humairah dan Umar, ni abah (Hafidz). Abah rindu sangat dan berharap kita dapat jumpa satu hari nanti.

“Selamat hari lahir buat Humairah dan Umar. Harap Humairah baca dan bergembira.

“Moga baik-baik untuk Humairah dan Umar. Abah sayang kalian,” katanya menerusi hantaran di InstaStory.

Pada masa sama, pelakon drama bersiri Ku Punya Hati ini turut memuat naik gambar bersama anak-anaknya itu.

“Hari ini genap usia mereka 8 tahun dan 5 tahun,” tulisnya pada keterangan foto terbabit.

Difahamkan, Umar dan Humairah masih berada di Australia bersama ibu mereka, Nurul Shuhada Mat Shukri yang berhijrah ke negara itu sekitar dua tahun lalu.

Selepas bercerai pada 2023, pempengaruh terbabit menyatakan mahu menyambung pengajian di sebuah pusat pendidikan di Melbourne membawa bersama anak mereka.

Pada April lalu Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan keputusan interim yang memihak kepadanya berhubung hak lawatan.

Namun difahamkan aktor terbabit tidak dapat bertemu anak-anak sekali gus mendorongnya menuntut hak penjagaan ke atas Humairah dan Umar yang akan diputuskan mahkamah pada 30 September ini.

Sebelum ini rumah tangga Hafidz dengan Nurul Shuhada yang dibina pada 30 April 2016 berakhir selepas tujuh tahun mereka bergelar suami isteri.

Hafidz kemudian mengahwini teman lamanya, Athira Yuhada pada 5 Disember 2023 dan mereka memiliki seorang anak perempuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI