fbpx
Gambar hiasan.

3 lelaki ditahan bergaduh dengan pemilik restoran di Hulu Bernam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Tiga lelaki ditahan polis selepas terbabit dalam pergaduhan dengan seorang pemilik restoran di Hulu Bernam, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.22 pagi selepas pemilik restoran itu menegur empat suspek kerana membawa minuman keras masuk ke dalam premisnya.

“Tindakan itu mencetuskan pergaduhan sehingga anggota Unit MPV yang digerakkan berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia 23, 34 dan 36 tahun di hadapan sebuah restoran,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut beliau, semakan mendapati dua daripada suspek masing-masing mempunyai lapan rekod jenayah.

Katanya, seorang lagi suspek berjaya melarikan diri sebelum polis tiba di lokasi dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan.

“Hasil ujian air kencing terhadap semua suspek didapati negatif, namun mereka berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian,” ujarnya.

Ibrahim berkata, ketiga-tiga suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga 12 September bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323, Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI