fbpx
Seorang wanita di bawa ke Penjara Sungai Udang di Melaka selepas tidak membayar jaminan di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini, atas pertuduhan menceroboh masuk bilik ketua polis daerah tanpa kebenaran, Julai lalu. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

Wanita dituduh ceroboh bilik Ketua Polis Daerah Kuala Pilah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Seorang wanita dituduh di Mahkamah Majistret, di sini, atas pertuduhan menceroboh masuk bilik ketua polis daerah tanpa kebenaran, Julai lalu.

Tertuduh, Siti Aminah Mahmed, 45, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Yusna Khadijah Md. Yusop.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didapati melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki bilik ketua polis daerah Kuala Pilah tanpa kebenaran dan tanpa alasan yang munasabah, kira-kira pukul 4.55 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah pada 23 Julai lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan wang jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 26 September ini untuk serahan dokumen serta lantikan peguam. – KOSMO! OLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN