PETALING JAYA – Hidangan pencuci mulut tempatan, ais kacang ataupun ABC kini mencuri tumpuan masyarakat di Sweden apabila seorang lelaki tempatan membuka gerai menjual manisan itu di Stockholm.
Menerusi hantaran oleh @Wawawandering di laman TikTok, lelaki warga Sweden berkenaan dilaporkan begitu menggemari ais kacang sehingga sanggup membeli mesin dari Malaysia semata-mata untuk menghasilkan hidangan itu dengan resipi asli.
“Seorang lelaki Sweden jatuh cinta dengan ais kacang. Dia siap beli mesin dari Malaysia dan kini buka gerai basikal comel di Stockholm,” ujarnya.
Hantaran tersebut menunjukkan gerai unik berbentuk basikal yang dilengkapi pengisar ais lengkap dengan bahan-bahan mengikut cita rasa Malaysia seperti sirap manis, jagung, kacang merah dan cendol.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.
“Wah ada ais kacang. Banyak pula tu isinya,” ujar @Alifasyraf.
“Seronok tengok orang luar cuba buat dan jual makanan atau minuman Malaysia di negara luar. Rasa bangga,” komen @Noor. – KOSMO! ONLINE.
@wawawandering__ A Swedish guy jatuh cinta dengan ais kacang 😍. Dia siap beli mesin dari Malaysia and now buka cute bike stall kat Stockholm! 🚲🍧 Musim panas kat Scandinavia dah tak complete tanpa shaved ice pelangi ni – dengan sirap manis, jagung, kacang merah & cendol. From KL streets to Swedish summer vibes – ais kacang is the new chill star! ❄️🇲🇾🇸🇪 #sweden #stockholm #malaysia #malaysiatiktok #fyp ♬ Hanya di kau – Tan Sri P. Ramlee