fbpx
SEBELUM pengumuman terbuka oleh Fattah Amin, Amira yang bakal bernikah pada Ahad ini terlebih dahulu diraikan kawan-kawan terdekatnya dalam sebuah 'parti orang bujang' beberapa hari lalu.

‘Selamat tinggal dunia bujang’ untuk Amira Othman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ibarat satu simbolik ucap ‘selamat tinggal dunia bujang’, penyanyi Amira Othman sempat diraikan beberapa sahabat terdekat dalam sebuah majlis sambutan beberapa hari sebelum pengumuman pernikahannya dengan aktor Fattah Amin dibuat petang semalam.

Majlis intimasi membabitkan beberapa rakan terdekat itu bertemakan putih dan biru sebagai tanda kesucian cinta tersebut diyakini diadakan di sebuah bilik hotel di ibu negara.

“Allahumma Barik.”

Demikian kapsyen berupa kalimah doa yang diucapkan untuk memohon agar Allah memberikan kebaikan, keberuntungan dan rahmat kepada bakal pengantin, Amira Othman.

Video momen manis yang juga kejutan buat Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 31, itu dikongsikan usahawan Nellysa Aina menerusi platform Reels.

Kelihatan bakal raja sehari yang anggun menggayakan abaya serta tudung putih terkejut apabila disambut sorakan temannya sebaik membuka pintu.

Selain diraikan dengan kek, Amira kelihatan malu-malu apabila dipakaikan selempang bertulis ‘getting hitched’ atau bakal bernikah.

Petang tadi Fattah, 35, membuat kejutan lamaran ketika Amira dan adiknya, Irfan Haris menyanyikan lagu duet terbaru berjudul Rasa & Takdir pada majlis pelancaran single tersebut di sebuah hotel.

Sekali gus, teka-teki mengensi hubungan istimewa mereka yang diperkatakan sejak Januari lalu iaitu ketika fasa awal mendakwa hanya rakan sekerja terjawab.

Spekulasi hari jadi Fattah iaitu 14 September sebagai tarikh pernikahan yang sebelum ini dinafikan akhirnya disahkannyq sendiri pada pengumuman berkenaan.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mendakwa kedua-dua personaliti popular itu bak disatukan dalam tempoh terdekat namun ditangkis Fattah mahupun Amira.

Terdahulu, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Fazura pada 27 November 2017 namun mereka selepas tujuh tahun.

Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI