fbpx
Anggota bomba memadam kebakaran itu di Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor, hari ini.

Satu rumah, 13 kereta musnah terbakar di Tanjong Karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Suasana di Sungai Sireh, Tanjong Karang di sini, gempar apabila sebuah rumah dan 13 buah kereta musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Kejadian itu turut memusnahkan dua motosikal, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 5.01 pagi.

Jelasnya, sepasukan 12 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Sekinchan dan Sungai Besar terlibat dalam operasi berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati kebakaran itu melibatkan sebuah rumah kelas B dengan anggaran 90 peratus kemusnahan.

“Sebanyak 13 buah kereta pelbagai jenama dan dua motosikal turut musnah sepenuhnya, manakala sebuah kereta lain terbakar 10 peratus,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati semua kereta lama itu disimpan untuk dijual sebagai alat ganti terpakai.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN