fbpx
Ayob Khan bergambar pada majlis perasmian Nafsle 2025 di Maktab PDRM, di Cheras hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!

Kepakaran pakar forensik PDRM masih tidak mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kepakaran pakar forensik di Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini masih tidak mencukupi bagi menampung keperluan siasatan jenayah yang semakin kompleks.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, bidang forensik memerlukan kepakaran khusus dan tidak semua anggota polis boleh ditempatkan dalam unit berkenaan kerana ia menuntut minat serta kemahiran tertentu.

Menurutnya, cabaran utama kini adalah ruang kenaikan pangkat yang terhad menyebabkan ramai pakar berpotensi keluar daripada bidang tersebut kerana kerjaya mereka seolah-olah terhenti di satu tahap.

“Bagi mengekalkan kepakaran sedia ada, kita telah bawa perkara ini kepada Kementerian Dalam Negeri supaya diwujudkan jawatan khusus (plexi pos) bagi membolehkan pegawai forensik kekal berkhidmat dalam bidang itu dari peringkat inspektor sehingga ke pangkat lebih tinggi.

“Langkah ini penting kerana bukan semua polis boleh ditempatkan di unit forensik, sebaliknya hanya mereka yang benar-benar mempunyai kepakaran dan minat,” katanya pada sidang akhbar di Maktab PDRM di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 280 pengamal undang-undang, pegawai penyiasat, ahli akademik dan pakar forensik daripada pelbagai agensi penguat kuasa seluruh negara berhimpun dalam program National Forensic Science Symposium for Law Enforcement (Nafsle) 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI