fbpx
BOM mortar peninggalan era penjajahan British yang dijumpa dalam sebuah rumah lama di Batu 14, Kampung Padang Marhum Teluk Bakong, Bota di Parit hari ini. - Foto MEDIA SOSIAL

Jumpa bom mortar tinggalan British dalam rumah lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT – Seorang lelaki terkejut selepas menjumpai sebutir bom lama disyaki jenis mortar dalam rumah kosong di Batu 14, Kampung Padang Marhum Teluk Bakong, Bota di sini hari ini.

Bom bersaiz 81 milimeter (mm) itu ditemukan pengadu iaitu seorang lelaki berusia 58 tahun dalam laci meja lama di rumah tersebut sekitar pukul 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan.

Katanya, pemeriksaan mendapati, bom tersebut merupakan bom lama dipercayai tinggalan era penjajahan British.

“Rumah berkenaan merupakan rumah lama yang baru dibeli pengadu. Ketika sedang mengemas, dia menemukan objek disyaki bom lama sebelum membuat laporan polis.

“Hasil pemeriksaan mendapati bom berkenaan tidak lagi aktif kerana tiada kartrij utama pada bahagian ekor yang sepatutnya berfungsi sebagai pencetus untuk melontarkan mortar dari laras,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, bom itu kemudian dibawa balik ke pengkalan UPB IPK Perak untuk tujuan pelupusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN