fbpx
GAMBAR HIASAN.

Gaji ‘fresh grad’ tidak berubah, ramai buat duit tepi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Isu gaji rendah dalam kalangan graduan baharu terus diperdebatkan apabila ramai mengakui pendapatan permulaan kini tidak seiring dengan peningkatan kos sara hidup.

Menerusi satu hantaran di laman TikTok @Adib.jahidin, dia berkongsi perbandingan gaji jurutera awam pada tahun 2005 dan 2025, yang menunjukkan perubahan sangat kecil.

“Dahulu tahun 2005, gaji jurutera awam RM1,800 ke RM2,000. Sekarang 2025, masih ada yang dapat RM2,000 ke RM2,300 sahaja. 20 tahun, naik RM100 ke RM200 je,” katanya.

Tambahnya, kuasa beli graduan hari ini juga jauh merosot jika dibandingkan dahulu.

“Dahulu nasi ayam RM3, sekarang RM7. Kalau dahulu boleh beli hampir 600 pinggan, sekarang cuma 300. Maksudnya kuasa beli kita dah jatuh separuh,” katanya.

Justeru, dia berkata, ramai graduan kini terpaksa mencari sumber pendapatan tambahan termasuk menjalankan perniagaan secara dalam talian, menjadi ejen jualan atau membuat kerja sambilan demi kelangsungan hidup.

“Kalau harap gaji semata-mata, memang keras. Ramai dah mula buat ‘side income’,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN