fbpx
Kenderaan mangsa berjaya dinaikkan di lokasi Jambatan Tanjung Agas, Port Dickson. Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

Dua beradik lemas kereta mengelongsor di Port Dickson diputuskan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Dua beradik yang maut selepas kenderaan dinaiki mengelongsor ke dalam Sungai Linggi di Jeti Tanjung Agas di Port Dickson, diputuskan sebagai beragama Islam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, perkara itu diputuskan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah serta urusan pengebumian dijangka petang ini.

“Ya ada perkembangan terbaharu, dua beradik berkenaan telah diputuskan sebagai beragama Islam dan jenazah dijangka bakal dikebumikan petang ini juga,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan 15 individu termasuk ibu kandung dua beradik berkenaan telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Menurut Alzafny, siasatan masih diteruskan untuk dilengkapkan dan bedah siasat pada 5 September lalu (Jumaat) mendapati punca kematian disebabkan lemas.

Susulan kejadian lemas tersebut, suspek lelaki tempatan berusia 46 tahun disyaki bapa kepada mangsa dan seorang wanita tempatan berusia 41 tahun itu pula merupakan kekasih suspek lelaki ditangkap kerana memberi keterangan yang meragukan mengenai kejadian tersebut.

Semakan rekod lampau terhadap suspek lelaki didapati terdapat sebanyak 16 kes di mana empat kes masih dikehendaki (wanted), manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN