Pada 31 Ogos lalu, kira-kira 22 juta warganegara berusia 18 tahun ke atas menerima kredit RM100 secara one off melalui bantuan Sumbangan Asas Rahmah (Sara). Apa yang berlaku pada hari pertama penerimaan kredit melalui MyKad itu adalah suasana pembelian di kedai-kedai yang menerima pembayaran itu menjadi huru-hara apabila sistem MyKasih itu tergendala. Perkara itu berlaku apabila pengguna yang membuat pembayaran di kaunter terlalu ramai kira-kira 850,000 orang sehari, angka itu memang luar biasa sehingga tidak dapat ditampung oleh sistem Mykasih……