fbpx
CHALAEM Pinsuwan dipatuk ular kapak. - Foto Facebook

Wanita kena patuk, sangka telur ular kapak cendawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang wanita di wilayah Buriram, Thailand tersilap menyangka telur ular sebagai cendawan dan cuba mengutipnya, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Kesilapannya menyebabkan seekor ular mematuknya semalam.

Bancha, 50,  yang merupakan suami mangsa, segera membawa isterinya, Chalaem Pinsuwan, 62, ke Hospital Nang Rong selepas membunuh ular itu.

Ular itu kemudian dikenal pasti sebagai ular kapak bodoh yang dikenali di Thailand sebagai Kapa.

Chalaem digigit pada jari tengah tangan kanannya. 

Doktor memberikan rawatan antibisa dan memantau keadaan pesakit dengan rapi. 

Mangsa dan suaminya keluar mencari cendawan liar di hutan selepas mendapat tahu jiran-jiran mereka memperoleh pendapatan antara 1,000 baht (RM132)  hingga 2,000 baht (RM264) sehari dengan menjual cendawan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN