fbpx
AB RAHAMAN (tiga dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

Wanita Indonesia, suami serta kekasih gelap diberkas edar dadah ke Pulau Batam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga asing ditahan bersama suaminya selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah ke Pulau Batan, Indonesia dalam di sebuah kediaman di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Selasa lalu.

Dalam serbuan dalam serbuan pada pukul 10.30 malam itu, polis turut menahan seorang wanita disyaki kekasih kepada lelaki berkenaan serta merampas syabu seberat 80.33 kilogram bernilai RM2.57 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, suspek yang ditahan terdiri daripada lelaki tempatan berusia 43, isterinya seorang wanita warga Indonesia serta wanita tempatan masing-masing berusia 30-an.

“Dalam serbuan dijalankan di sebuah kediaman teres dalam kawasan berpagar dan berpengawal itu, polis menemukan 76 bungkusan berisi dadah syabu seberat 80.33 kilogram bernilai RM2.57 juta.

“Turut dirampas dalam serbuan itu termasuklah empat buah kereta, dua buah motosikal, wang tunai dan barangan kemas bernilai RM410,104,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di IPK Johor, di sini hari ini.

Tambah Ab. Rahaman, modus operandi sindiket yang dikesan beroperasi sejak April tahun lalu itu adalah mendapatkan bekalan dadah dari pasaran tempatan sebelum dibungkus dalam bungkusan seolah-oleh merupakan produk teh Cina untuk mengaburi pihak berkuasa.

“Jika kekal dalam pasaran, sejumlah dadah ini boleh digunakan seramai 401,650 penagih. Siasatan awal mendapati sindiket ini menggunakan laluan laut untuk membekalkan dadah tersebut bagi pasaran di Kepulauan Riau, Indonesia khususnya Pulau Batam.

“Setiap bungkusan dadah dijual pada harga RM32,000 sebungkus bagi memudahkan kerja-kerja pengedaran pihak terlibat,” ujarnya sambil memberitahu kediaman tersebut dijadikan lokasi transit bagi pembungkusan dan penyimpanan dadah,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN