fbpx
GAMBAR fail Lapangan Terbang Changi, Singapura. - Foto AFP

Wanita China ludah muka pegawai imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang warga China dipenjara di Singapura dan diharamkan daripada memasuki semula negara itu selepas meludah ke arah seorang pegawai imigresen di Lapangan Terbang Changi, lapor portal berita VnExpress hari ini.

Ceng Li Xiao, 38, dijatuhi  hukuman penjara lapan minggu pada 4 September lalu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyerang seorang penjawat awam dan mencetuskan gangguan awam, lapor portal berita Lianhe Zaobao.

Dokumen mahkamah menunjukkan Ceng tiba di Terminal 4 pada pagi 16 Ogos lalu tetapi telah dihalang daripada memasuki Singapura di bawah Perintah Imigresen (Larangan Kemasukan). 

Punca pengharamannya tidak didedahkan.

Dia ditempatkan di sebuah ruang menunggu untuk proses pengusiran, namun enggan bekerjasama dengan pegawai Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), lapor portal berita Mothership.

Sekitar pukul 11 pagi (waktu tempatan), empat pegawai ICA cuba mengiringinya untuk dihantar pulang menggunakan kerusi roda. 

Semasa proses itu, Ceng menjerit berulang kali selama dua minit dan cuba bangun. 

Ketika seorang pegawai cuba menahannya, Ceng tiba-tiba berpaling dan meludah tepat ke muka pegawai tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN