fbpx
Keadaan di lokasi mangsa tertimbus pasir di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri, Parit hari ini. Foto AINSAFRE BIDIN/KOSMO!

Trauma teringat kawan ditimbus tanah minta tolong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT – Tidak sempat menyelamatkan seorang rakan sekerja yang maut akibat tertimbus tanah menjadi trauma buat sekumpulan pekerja kontrak ketika menjalankan kerja-kerja pemasangan paip di Kampung Teluk Kepayang, Bota Kiri di sini.

Mangsa, Raja Daniel Iskandar Raja Teh Suhaimi, 25, dikatakan maut setelah tanah yang dikorek runtuh menimpa arwah dan tiga lagi pekerja yang bagaimanapun sempat diselamatkan.

Menurut saksi dikenali sebagai Saifullah, kejadian berlaku kira-kira selepas pukul 4.30 petang apabila tebing tanah runtuh kali pertama dan menimpa keempat-empat mangsa.

“Apabila terdengar mereka berempat meminta tolong, kami yang berdekatan cuma menyelamatkan mereka.

“Bagaimanapun keadaan menjadi sukar apabila tanah runtuh buat kali kedua,” katanya ketika ditemui di luar Jabatan Forensik Hospital Seri Iskandar di sini hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, bomba menerima panggilan jam 5 petang dengan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar dikejarkan ke lokasi.

Katanya, tiga mangsa tersekat dalam pam pasir dalam keadaan tertimbus paras dada namun berjaya diselamatkan jam 6.30 petang, manakala seorang lagi mangsa tertimbus sepenuhnya.

Menurut seorang lagi saksi dikenali sebagai Mustakim, kejadian tersebut adalah pengalaman pertama mereka sejak hampir lima tahun bekerja bersama sebagai pekerja kontrak.

Katanya, dia sedih kerana masih terbayangkan situasi cemas yang dihadapi mereka memandangkan proses kerja sudah hampir ke penghujung.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Wan Fauzi Wan Ahmad, 60, berkata, Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam Lama, Kuala Terengganu selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Seri Iskandar.

Dia berkata, Allahyarham meninggalkan seorang balu serta sepasang anak kembar berusia kira-kira dua bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN