fbpx
Fadhlina ketika menyampaikan ucapan penutup Seminar Wanita Madani di ibu negara, semalam. - Foto FACEBOOK FADHLINA SIDEK

SWAN terus perkasa peranan wanita bina negara Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Buat julung kali, Sekolah Wanita (SWAN) menganjurkan Seminar Wanita Madani yang melibatkan penyertaan menggalakkan peserta dari seluruh negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata, seminar bertemakan ‘Pemacu Negara: Kepimpinan, Dasar dan Masa Depan Negara’ itu penting untuk memberdaya peranan wanita dalam membina Malaysia Madani.

“Pemberdayaan wanita bukan agenda politik, sebaliknya ia perlu menjadi usaha bersama yang didukung semua pihak merentasi politik kepartian.

“Begitu juga dengan isu-isu berbangkit lain seperti kesaksamaan gender dan bias terhadap wanita yang perlu ditangani bersama,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup seminar berkenaan di ibu negara, semalam.

Tambah beliau, program-program latihan yang berkualiti sedemikian perlu terus dilaksanakan secara inklusif.

Program-program latihan yang berkualiti termasuk dalam kepimpinan, komunikasi dan pengantarabangsaan juga perlu terus dilaksanakan secara inklusif.

“Ia perlu melibatkan lebih ramai peserta dari segenap lapisan masyarakat demi manfaat semua. ‘Wanita terpimpin, generasi terbilang’,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN