fbpx
EWAN Irwan membuka perniagaan membuat roti di kampung Saint-Robert, - Foto Ewan Irwan/Tik Tok

Siapa sangka?Anak Melayu jadi pembuat roti terkenal di kampung Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Apa yang bermula sebagai pencarian kerja jurutera yang gagal di Perancis 23 tahun lalu bertukar menjadi kisah kejayaan di luar jangkaan bagi rakyat Singapura berketurunan Melayu, Ewan Irwan, lapor portal berita Stomp kelmarin.

Ewan, 51, kini merupakan seorang pembuat roti yang disayangi di sebuah kampung di Perancis.

Dia pertama kali berpindah ke Perancis pada usia 28 tahun bersama isterinya yang berbangsa Perancis dengan harapan untuk bekerja sebagai jurutera. 

Apabila gagal mendapatkan kerja dalam bidang itu, dia memutuskan untuk menukar haluan, mengambil kerja sambilan untuk menyara hidup sambil mendaftar dalam kursus pembuatan roti.

Ewan mendapat kerja di sebuah kedai roti di Lyon dan dua tahun kemudian, memutuskan untuk berpindah ke Saint-Robert, sebuah kampung pada jarak dua jam pemanduan dari Toulouse.

Ewan mengambil alih perniagaan satu-satunya kedai roti di kampung itu, Le Fournil de Saint-Robert,18 tahun lalu.

Dia menetap di sana bersama isterinya, Sophie dan anak lelaki mereka, Kalis yang kini berusia 19 tahun selain sedang berlatih untuk menjadi seorang penolong ketua cef di Perancis.

Satu rakaman video menunjukkan dia tekun bekerja, menggunakan ketuhar kayu tradisional untuk membakar roti kampung klasik Perancis. 

“Penduduk kampung pada mulanya berasa pelik melihat wajah Asia menguruskan kedai roti,” kata Ewan kepada wartawan akhbar The New Paper.

“Saya orang Melayu dan keluarga sangat penting. Walaupun saya menghargai dan menghormati budaya Perancis, saya perlu mengekalkan budaya saya sendiri,” kata anak jati Tampines itu sambil ketawa kecil. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN