fbpx
Penemuan mayat seorang wanita dalam kenderaan suspek yang menikam dan menembak anggota polis di Simpang Pulai semalam.

Sembilan direman tujuh hari kes mayat dalam kenderaan suspek tembak polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Sembilan individu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita dalam kenderaan suspek yang menikam dan menembak anggota polis di Simpang Pulai semalam, direman selama tujuh hari mulai hari ini.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah ke atas suspek berusia antara 30 hingga 70 tahun itu dalam prosiding yang dijalankan di Mahkamah Majistret di sini.

Terdahulu, kesemua suspek dibawa masuk ke dalam kamar mahkamah pada pukul 10.30 pagi dengan diiringi anggota polis sebelum proses permohonan reman selesai kira-kira setengah jam kemudian.

Difahamkan, siasatan ke atas seorang suspek wanita dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala lapan suspek lelaki pula akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Menerusi laporan media semalam, enam termasuk seorang wanita yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat dalam kenderaan lelaki yang menikam dan menembak seorang anggota polis.

Dalam kejadian pada pukul 1.15 pagi itu, seorang anggota polis cedera selepas ditikam dan ditembak seorang lelaki ketika menjalankan tugasan Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) di kawasan Simpang Pulai.

Pemeriksaan pada kenderaan dipandu suspek menemukan mayat seorang wanita di bahagian tempat duduk belakang kenderaan manakala suspek melarikan diri bersama pistol milik pasukan.

Proses bedah siasat ke atas mayat wanita berusia 62 tahun itu mendapati punca kematian mangsa akibat kelemasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN