PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor serta Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, amaran cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga 5 petang ini.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Pokok Sena, Yan dan Pendang di Kedah, Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak dan Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan,” ujarnya.
Selain itu, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu, manakala di Pahang adalah Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin.
Amaran di kawasan lain termasuk, Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan, Tangkak, Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor turut terlibat dengan ribut petir dan hujan lebat.
Seterusnya, Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak dan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Semporna) dan Sandakan (Kinabatangan) di Sabah.- KOSMO! ONLINE.