fbpx
Grafik jajaran projek Lebuh Raya Lingkaran Pantai Utara (NCPR) yang menghubungkan Tanjong Bungah hingga ke Teluk Bahang.

Reka bentuk projek NCPR sedang dimuktamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Kontraktor yang dilantik bagi pelaksanaan projek Lebuh Raya Lingkaran Pantai Utara (NCPR), Consortium Zenith Construction (CZC) kini sedang memuktamadkan reka bentuk terperinci projek berkenaan.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Negeri, Zairil Khir Johari berkata, projek itu merupakan sebahagian daripada Projek Tiga Jalan Utama dan Terowong yang telah dianugerahkan pada tahun 2013.

Katanya, pembinaan lebuh raya sepanjang 10.61 kilometer itu melibatkan 8.41 kilometer laluan darat dan 2.2 kilometer jejambat pesisir laut yang menghubungkan Tanjong Bungah hingga ke Teluk Bahang.

”Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada tahun 2026 dan siap menjelang 2031.Apabila siap, masa perjalanan dari Tanjong Bungah ke Teluk Bahang akan berkurang daripada 30 hingga 45 minit pada waktu puncak kepada hanya tujuh minit,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, pada Februari lalu, media melaporkan kerajaan Pulau Pinang meluluskan jajaran baharu projek NCPR dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang bagi mengurangkan masa perjalanan dan kesesakan lalu lintas di jalan sedia ada.

Menurut Zairil, laluan NCPR akan bermula dari Jalan Tanjong Bungah berhampiran Masjid Terapung sebelum merentasi pesisir laut dan kembali ke laluan darat berdekatan Shamrock, seterusnya melalui Batu Ferringhi sehingga ke Teluk Bahang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN