JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto melakukan rombakan Kabinet di Istana Negara, Jakarta Pusat, pada petang tadi, lapor portal berita Tempo..
Menteri Sekretaris Negara, Prasetyo Hadi berkata ,terdapat empat orang menteri dan seorang menteri penyelaras yang diganti.
Menteri penyelaras dan menteri yang digugurkan ialah Menteri Penyelaras Bidang Politik dan Keselamatan, Budi Gunawan; Menteri Koperasi, Budi Arie; Menteri Belia dan Sukan, Dito Ariotedjo; Menteri Kewangan, Sri Mulyani serta Menteri Perlindungan Pekerja Migran Indonesia (P2MI), Abdul Kadir Karding.
Sementara itu, sebuah kementerian baharu diwujudkan iaitu Kementerian Haji dan Umrah.
“Pertimbangannya adalah penilaian terus-menerus,” kata Prasetyo ketika menjawab soalan mengenai rombakan tersebut kepada pemberita di Istana Negara hari ini.
Berita rombakan Kabinet Merah Putih itu menyusul selepas Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah menahan Wakil Menteri Ketenagakerjaan, Immanuel Ebenezer di pejabatnya pada 21 Ogos lalu. – AGENSI