fbpx
SUSPEK diiringi oleh anggota polis berpakaian awam. - AGENSI

Pemuda kerat kekasih 65 bahagian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Polis memberkas seorang pemuda dari Labuhanbatu, Sumatera Utara selepas disyaki membunuh kekasihnya, Tiara Angelina Saraswati dengan mengerat tubuh mangsa kepada 65 bahagian, lapor laman berita KABARBAIK.CO hari ini.

Perbuatan kejam itu dilakukan di rumah sewa suspek yang dikenali sebagai Alvi Maulana di Lakarsantri, Kota Surabaya.

Mangsa yang berusia 21 tahun dibunuh pada 31 Ogos lalu. Suspek mengerat mayat mangsa dan membuang anggota badannya di beberapa lokasi termasuk di Packet, Mojokerto.

Polis menerima laporan berhubung penemuan cebisan mayat mangsa pada Sabtu lalu dan suspek ditangkap pada keesokan harinya.

Motif pembunuhan itu dipercayai kerana pertengkaran antara suspek dan mangsa.

Mereka merupakan pasangan kekasih dan menjalin hubungan ketika bersama-sama menuntut di Universiti Trunojoyo Madura.

Alvi berdepan hukuman mati sekiranya didapati bersalah membunuh mangsa kerana perbuatan jenayah yang dilakukan itu dianggap sangat kejam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN