fbpx
ANGGOTA bomba bertindak mengalihkan dahan pokok berhampiran Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim dekat Lipis petang tadi.

Pokok tumbang hempap kereta, rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Dua kejadian pokok tumbang dilaporkan di negeri ini hari ini melibatkan sebuah kenderaan dan sebuah rumah, namun kesemua mangsa dilaporkan selamat.

Dalam kejadian pertama pada pukul 6.53 petang, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CRV yang dinaiki dua individu dewasa dihempap dahan pokok berhampiran Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim, di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis yang tiba di lokasi  mendapati seorang lelaki dan wanita dewasa berada di dalam kenderaan.

“Anggota bomba melakukan operasi memotong dan mengalihkan dahan pokok. Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan,” katanya hari ini.

Dalam kejadian berasingan di Lorong Kampung Alor Ladang 4, Beserah, Kuantan pada pukul 7 malam, sebatang pokok tumbang menghempap dapur rumah yang dihuni tiga sekeluarga.

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II Wan Hassahrul Khairi Wan Hassan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan dan tiba pada pukul 7.09 malam.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki dan dua wanita dewasa berada di dalam rumah tersebut. Mereka dilaporkan selamat,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN