fbpx
Antara barangan yang dicuri dari rumah Sahroni di Tanjung Priok pada 30 Ogos lalu. - X

Penduduk pulangkan 32 barangan berharga milik Sahroni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Berpuluh-puluh barangan berharga yang dilarikan orang ramai dalam serbuan ke atas rumah ahli Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, Ahmad Sahroni pada bulan lepas telah dikembalikan, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jakarta Utara, Inspektor Maryati Jonggi berkata, sebanyak 32 item telah dipulangkan dengan sebahagian besar daripadanya barangan mewah.

“Antaranya adalah geran tanah, kunci kereta Ferrari dan sijil pendaftaran motosikal,” kata Maryati.

Tambahnya, Polis Metro Jakarta Utara akan terus memudahkan pemulangan secara sukarela barangan yang dijarah dari rumah Sahroni.

“Penduduk dialu-alukan untuk menyerahkan barangan mereka kepada polis atau terus kepada keluarga Sahroni.

“Bagi penduduk yang secara sukarela bertindak demikian, keluarga Sahroni tidak akan mengambil tindakan undang-undang,” jelasnya.

Rumah Sahroni sebelum ini dijarah orang ramai dalam kejadian rusuhan pada 30 Ogos lalu, dengan pelbagai barangan mewah dilarikan termasuk patung Iron Man, jam tangan Richard Mille, dan kasut berjenama mewah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN