fbpx
Keadaan pagar bangunan DPRD di Kota Bandung. - Lambe Turah

Penduduk longgok sampah depan bangunan DPRD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah bangunan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) di wilayah Jawa Barat dipenuhi dengan sampah-sarap yang dibuang oleh penduduk sebagai tanda protes, lapor laman berita Lambe Turah semalam.

Kejadian berlaku Khamis lalu di DPRD Kota Bandung.

Dalam sebuah video tular, orang ramai dilihat melempar bungkusan sampah ke arah pintu pagar bangunan DRPD.

Penyelaras aktiviti itu, Angga berkata, tindakan tersebut dilakukan sebagai satu bentuk protes ke atas tindakan penindasan pasukan keselamatan yang berlaku ketika demonstrasi sebelum ini.

“Ia adalah tindak balas kepada beberapa siri bantahan berikutan demonstrasi pada 29 Ogos lalu. Hari-hari berikutnya menyaksikan penindasan yang keterlaluan oleh kedua-dua polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI),” katanya.

Tambah Angga, pihaknya berharap agar ahli politik faham bahawa tiada bezanya mereka dengan ahli politik yang tidak bertanggungjawab, enggan sedar diri, perasuah dan parti politik yang tidak mengambil peduli. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN