fbpx
Nota misteri ini ditampal pada pintu lif. - Shin Min Daily News/Google Maps

Penduduk berang nota amaran dakwa Wi-Fi beri kesan radiasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Satu nota misteri ditampal di beberapa blok sebuah pangsapuri di Serangoon, Singapura, yang memberi amaran kepada orang ramai mengenai risiko radiasi akibat penggunaan Wi-Fi, lapor laman berita MS News semalam.

Nota tulisan tangan itu bertulis: “Wi-Fi adalah sejenis radiasi. Ia menjejaskan kesihatan kita semua dalam diam. Anda tidak perlu membuka Wi-Fi selama 24 jam, tutup jika tidak digunakan. Jangan hidup dengan radiasi Wi-Fi setiap hari. Hidup anda lebih penting.”

Menurut seorang penduduk dikenali sebagai  Huang, 57, dia melihat nota itu pada Khamis lalu selepas mahu keluar membeli barangan dapur.

“Ia ditampal pada pintu lif,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Lin, 50, berkata, nota itu telah ditanggalkan kira-kira tiga jam selepas dia melihatnya.

“Anda tidak seharusnya menampal nota begitu di tempat awam,” katanya.

Nota itu dikritik oleh ramai penduduk dalam aplikasi kumpulan sembang kawasan perumahan tersebut dengan ramai menyelar pelakunya kerana berbuat demikian tanpa kebenaran dan menyebarkan maklumat salah.

Sebilangan yang lain menjelaskan bahawa Wi-Fi tidak berbahaya kepada tubuh manusia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN