fbpx
JOAO FIGUEIREDO menjaringkan gol tunggal persahabatan antarabangsa Tier 1 antara Malaysia melawan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.- Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

Penantian 14 tahun berakhir, Harimau Malaya tewaskan Palestin 1-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Penyerang berdarah warisan, Joao Figueiredo muncul wira Malaysia apabila meledak gol tunggal menewaskan Palestin 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini malam ini.

Beraksi di hadapan lebih 5,000 penonton, skuad Harimau Malaya beraksi garang sebaik wisel ditiupkan dengan kerap melakukan serangan dari sayap kiri.

Hasilnya, anak buah Peter Cklamovski berjaya memecah kebuntuan seawal minit kedua berpunca daripada hantaran lintang Quentin Cheng yang disudahkan Figueiredo bagi menewaskan Rami Hamada.

Jaringan itu memberi suntikan semangat buat pasukan tuan rumah untuk berterusan memberi tekanan terhadap skuad Ihab Abu Jazar yang tampak terkejut dengan gol awal itu.

Bersambung babak kedua, skuad Harimau Malaya meneruskan penguasaan dengan mendominasi di bahagian tengah namun tiada serangan berbahaya berjaya dijelmakan pasukan tuan rumah.

Pada minit-55, Arif Aiman bercita-cita untuk memahatkan nama dalam senarai penjaring namun rembatan yang dilakukan dari luar kotak penalti sedikit tersasar.

Kemenangan itu menamatkan penantian 14 tahun buat Harimau Malaya untuk menewaskan Palestin setelah kali terakhir mencatatkan kemenangan adalah pada 2001.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN