PETALING JAYA – Bagi mendapatkan keputusan terbaik, ada pelajar sanggup meniru di dalam dewan peperiksaan menggunakan alat elektronik.
Menerusi perkongsian pengguna Threads Ain Atiqa, pelajar sekarang lebih kreatif menggunakan pelbagai inisiatif untuk meniru dalam peperiksaan.
“Pelajar sekarang bawa masuk ini dalam dewan peperiksaan, nampak macam pemadam elektronik. Tahun lepas ada yang bawa masuk ‘smart spectacles’ (cermin mata pintar).
“Kalau pager (alat kelui), macam mana nak guna dalam dewan periksa? Pelajar tu hantar soalan melalui pemadam elektronik, lepas tu ada orang luar tolong jawabkan,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mencadangkan agar pelajar yang meniru tidak dilayan, selain menggesa pihak berkaitan mengambil tindakan.
“Beli signal jammer (penyekat isyarat) saja, semua rangkaian selular, WiFi dan GPS akan lumpuh,” ujar Measura.
“Pakai signal jammer (penyekat isyarat), cari yang spektrum luas dan simpan di pejabat. Zaman sekarang, jam tangan pintar dan pen pun boleh jadi alat meniru,” ujar Mrs. Mict.