fbpx
PALESTIN tidak memandang mudah kemampuan Malaysia sambil mengakui pasukan lawan mereka itu sudah berbeza berbanding 10 tahun lalu ketika aksi terakhir bertemu.

Palestin tempang tanpa pemain utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI Palestin, Ehad Abu Jazar mengakui terpaksa menurunkan barisan pemain muda menjelang aksi persahabatan menentang Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Menurutnya, ia berpunca beberapa pemain utama tidak dapat diturunkan setelah mengalami kecederaan ketika membuat persiapan bagi pembukaan aksi liga domestik.

Katanya, antara pemain yang tidak dapat diturunkan ialah Musab Al Battat, Assad Al Hamlawi, Mohammed Saleh, Ameed Mahajna, Ameed Sawafta dan Agustin Manzur.

“Walaupun tanpa kehadiran pemain utama, kami memandang serius mengenai perlawanan penting ini sebagai persiapan pasukan menjelang aksi perlawanan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia.

“Ini menjadi peluang buat pemain baharu untuk menonjolkan kemampuan mereka. Bagaimanapun, bukan kesemua pemain baharu, ada juga pemain senior yang akan diturunkan kerana perlawanan ini membantu kedudukan ranking FIFA.

“Kita tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan setelah Malaysia juga mempunyai pemain yang berkualiti dan mereka bermain dengan baik secara sepasukan. Justeru, kita perlu bekerja keras bagi meraih kemenangan,” katanya.

Mengikut rekod pertemuan, Palestin meraih tiga kemenangan dan satu kerkalahan ketika berdepan Harimau Malaya dengan pertembungan terakhir Malaysia tewas 0-6 pada 2015.

Pengendali berusia 45 tahun itu berkata, Harimau Malaya sudah banyak berubah berbanding kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN