fbpx
Anutin Charnvirakul

Kepimpinan Anutin penting dalam demokrasi Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kepimpinan rakan sejawatan di Thailand, Anutin Charnvirakul sangat penting ketika negara itu melangkah ke fasa seterusnya dalam perjalanan demokratiknya.

Berkesempatan mengucapkan tahniah di atas pelantikan itu beliau berkata, Thailand juga berperanan dalam memelihara kestabilan serantau ASEAN.

Selain itu, Anwar turut menyatakan kesediaan Malaysia untuk terus menjalinkan kerjasama erat bersama Thailand.

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri Anutin Charnvirakul atas pemilihannya untuk memimpin Thailand pada detik penting ini.

“Malaysia menantikan untuk terus menjalinkan kerjasama rapat dalam membangunkan sempadan bersama, memajukan perdagangan, dan meningkatkan kesejahteraan rakyat kita,” katanya menerusi media sosial, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN