fbpx
Notis yang dimuat naik di aplikasi MAE.

Kenapa sekarang juga MAE nak bermasalah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebahagian ciri dalam aplikasi perbankan mudah alih Maybank iaitu, MAE dilaporkan mengalami gangguan sementara, sekali gus menimbulkan kekangan kepada pengguna.

Semakan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata pengguna mengeluh apabila beberapa urusan mereka tidak dapat diselesaikam ekoran masalah sistem MAE sejak pagi tadi.

“MAE bermasalah. Kenapa? Penyelenggaraan sepatutnya dibuat pada malam hujung minggu dan awal pagi,” kata @PrinceAfiq.

“Nak bayar makan tadi, MAE problem (bermasalah), mujur ada kawan bawa cash (tunai) pinjam bayar duit makan,” kata Rose.

Sementara itu, menurut notis dimuat naik dalam aplikasi MAE, pengguna masih boleh melakukan beberapa transaksi asas seperti menyemak baki akaun, membuat pindahan wang (ke akaun sendiri, pihak lain dan DuitNow), pembayaran bil serta transaksi Scan & Pay kepada peniaga.

Bagaimanapun, pihak bank memaklumkan had transaksi sementara mungkin dikenakan sepanjang tempoh gangguan itu.

“Jangan bimbang, kami sedang berusaha gigih untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin. Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI