fbpx
RONALDO hanya ketinggalan satu gol di belakang pemain Guatemala, Carlos Ruiz yang muncul penjaring terbanyak saingan kelayakan Piala Dunia setakat ini. - AFP

Kelayakan Piala Dunia: Portugal lengkap, Ronaldo terus sensasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

YEREVAN – Pengendali Portugal, Roberto Martinez melabel kemenangan 5-0 Portugal ke atas Armenia dalam aksi pembukaan kelayakan Piala Dunia 2026 sebagai satu persembahan lengkap buat pasukannya.

Dua jaringan masing-masing daripada Joao Felix dan Cristiano Ronaldo serta gol Joao Cancelo memastikan Portugal berada di puncak Kumpulan F dengan bergaya.

Skuad Selecao mencatat 24 percubaan termasuk sembilan tepat ke gawang, malah Bruno Fernandes turut hampir menambah jaringan, namun rembatannya singgah di tiang gol.

“Penting untuk bermula dengan baik dan kami berjaya mengawal permainan sejak awal. Sikap pemain sangat baik, rentak permainan terjaga dan selepas gol pertama, kami terus berdisiplin untuk menambah jaringan serta memastikan gawang tidak dibolosi.

“Secara keseluruhan ia satu persembahan lengkap. Bukan mudah bermain di Armenia tetapi pemain menunjukkan komitmen yang luar biasa. Selepas ini, aksi menentang Hungary di laman sendiri juga cabaran besar,” kata Martinez.

Portugal juga tampil dengan emosi apabila ini perlawanan pertama mereka selepas kematian tragis Diogo Jota dan abangnya, Andre Silva, dalam kemalangan jalan raya Julai lalu.

Lebih menyentuh perasaan, jaringan pertama Ronaldo hadir pada minit ke-21 yang secara kebetulan menyamai nombor jersi yang pernah digunakan Jota bersama skuad Portugal sebelum ini.

Perlawanan itu juga menyaksikan Ronaldo berjaya mengatasi pencapaian Lionel Messi menerusi jumlah jaringan pada aksi kelayakan Piala Dunia apabila mengumpul 38 gol dengan memiliki kelebihan dua jaringan berbanding bintang Argentina berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI