fbpx
Great Wall Motor (GWM) melancarkan Kempen Merdeka 2025 dengan tema “Gaya Wawasan Malaysia” berlangsung dari 16 Ogos hingga 28 September 2025.

Gaya Wawasan Malaysia: Merdeka Bersama GWM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Great Wall Motor (GWM) melancarkan Kempen Merdeka 2025 dengan tema “Gaya Wawasan Malaysia”, berlangsung dari 16 Ogos hingga 28 September 2025 di seluruh negara.

Kempen ini menjanjikan pengalaman menarik buat pelanggan melalui aktiviti showroom selama tujuh hujung minggu berturut-turut, termasuk peluang memenangi hadiah hebat, promosi pembelian, serta acara mesra keluarga di bilik pameran GWM.

“Gaya Wawasan Malaysia” menjadi tema utama kempen Merdeka GWM tahun ini, meraikan gaya hidup moden rakyat Malaysia, visi mobiliti masa depan yang lestari, serta semangat patriotik negara berbilang bangsa.

Ia mencerminkan komitmen GWM untuk terus membawa inovasi, teknologi hijau dan rekaan bergaya, seiring aspirasi Malaysia menuju kemajuan.

Tempah & Menang
Dalam kempen ini, GWM memperkenalkan inisiatif “Book & Win”, di mana pelanggan yang membuat tempahan kenderaan GWM di bilik pameran terpilih berpeluang memenangi hadiah menarik secara serta-merta. Jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan mencecah sehingga RM120,000.

Promosi Menarik Sepanjang September
Selain itu, GWM turut memperkenalkan pelbagai promosi khas sepanjang bulan September yang melibatkan rangkaian model terpilih. Tawaran ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memiliki kenderaan GWM idaman pada harga lebih berbaloi.

Seruan Kepada Orang Ramai
“Lawati bilik pameran GWM berhampiran anda sempena Merdeka ini, tempah kenderaan idaman, dan menangi hadiah menarik serta-merta!” kata wakil GWM.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan promosi terkini, layari www.gwm.com.my atau ikuti perkembangan melalui laman rasmi Facebook GWM Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN