fbpx
Petugas bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah kilang di Kajang, hari ini.

Kilang PPE terbakar di Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Sebuah kilang peralatan perlindungan diri pakai buang (PPE) di Kawasan Perindustrian Sinaran, di sini terbakar melibatkan dua unit bangunan, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.45 tengah hari.

“Seramai 38 anggota bersama 13 jentera termasuk FRT, WT, ALP dan EMRS dari Balai Bomba Bandar Tun Hussien Onn dengan bantuan beberapa balai lain seperti Kajang, Sri Kembangan, Bangi, Cyberjaya, Shah Alam, Hang Tuah serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Balakong dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan dua buah kilang keluasan kira-kira 100×200 kaki persegi dan ketika anggota tiba, api sedang marak.

“Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN