fbpx
Lelaki mencurigakan di ruang parkir pusat membeli-belah di Petaling.

‘Dia cari mangsa lain pula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita menggesa pusat membeli-belah supaya mengambil tindakan ke atas lelaki yang dilihat dalam keadaan mencurigakan dengan mengetuk tingkap kereta untuk meminta duit di tempat letak kenderaan.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @frznaisml, wanita itu berkongsi pengalaman dia dan suaminya didatangi oleh lelaki berkenaan yang meminta sejumlah wang.

“Saya dan suami pernah ditegur (lelaki tersebut) sebelum ini yang meminta duit sebanyak RM100 dengan alasan dia perlu pulang ke Johor.

“Tapi semalam, saya nampak lelaki sama mengetuk tingkap kereta di sebelah saya menggunakan alasan sama. Dia cari mangsa lain (pula),” katanya.

Menurut wanita, dia segera membuat laporan berhubung kejadian itu di kaunter khidmat pelanggan, namun pekerja tersebut menjelaskan laporan mengenai kejadian itu pernah dibuat oleh pihak lain sebelum ini.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai memaklumkan pernah berdepan situasi sama didatangi oleh lelaki tersebut sehingga ada yang terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk ke pusat beli-belah berkenaan.

“Dia pernah ketuk tingkap kereta, tetapi saya abaikan, terus dia marah dan pukul (ketuk) tingkap dan but kereta saya. Saya batalkan rancangan hari itu dan balik saja,” kongsi Puteri Irdina.

“Kawan saya pernah kena, tapi hanya beri RM50 sahaja, kata akan pulangkan semula tapi sampai hari ini, tak ada,” kata Sofia.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI