PETALING JAYA – Pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie meluahkan rasa syukur selepas wajahnya terpampang di skrin gergasi kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tang Jie, yang baru sahaja menjuarai kejohanan World Championships BWF 2025 bersama pasangannya, Toh Ee Wei, dilihat berkongsi detik istimewa itu menerusi satu video di laman TikTok.
Video berkenaan memaparkan dirinya sedang menyaksikan sendiri tayangan wajahnya di tengah ibu kota, di sekitar kawasan Bukit Bintang.
Terdahulu, Tang Jie dan Ee Wei mencipta sejarah apabila muncul juara dunia selepas menewaskan beregu dari China dalam aksi mendebarkan di final Kejohanan Dunia BWF di Paris, Ogos lalu.
Kejayaan itu menyaksikan mereka menjadi gandingan beregu campuran pertama negara yang menjuarai kejohanan berprestij tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap hantaran tersebut.
“Mereka memang idola. Semangat mereka boleh dijadikan motivasi. Tak mudah untuk berjaya tetapi setiap usaha pasti ada hasilnya, walaupun lambat,” ujar @Ikan Buntal
“Jom buru lebih banyak kejuaraan. Final Jelajah Dunia BWF, All England, Kejohanan Asia dan Olimpik,” kata @Miya. – KOSMO! ONLINE.
@chentangjie98Bersyukur🙏