fbpx
MERINO mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain tengah pertama Sepanyol meledak hatrik sejak Isco pada 2018. - AFP

Bintang Arsenal ledak hatrik buat Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANNER KELAYAKAN PIALA DUNIA

Sepanyol pamer prestasi sempurna

-Ledak enam gol belasah Turkiye
-Merino turut meledak hatrik

KONYA – Sepanyol mengekalkan aksi sempurna pada saingan Kumpulan E kelayakan Piala Dunia 2026 selepas membelasah Turkiye 6-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Konya Buyuksehir Arena awal pagi tadi.

Pada perlawanan tersebut, pemain tengah, Mikel Merino mempamerkan aksi cukup cemerlang apabila meledak hatrik, manakala tiga lagi gol hadir menerusi dua jaringan Pedri dan satu gol Ferran Torres.

Ia menyaksikan Merino menjadi pemain tengah pertama Sepanyol yang menjaringkan hatrik dalam tempoh tujuh tahun selepas kali terakhir dilakukan Isco ketika menentang Argentina pada Mac 2018.

“Saya sangat gembira kerana dapat membantu pasukan mencatat kemenangan dan sekarang kami sudah mengumpul enam mata. Dapat menjaringkan tiga gol bukan sesuatu yang normal dan ini adalah hatrik pertama saya,” ujar Merino.

Ketua jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente berkata, pemain-pemainnya menampilkan aksi cukup baik pada perlawanan itu, namun beliau masih mengharapkan prestasi lebih baik menjelang perlawanan seterusnya.

“Apa yang boleh saya cakap adalah kami menampilkan aksi cukup sempurna hari ini. Tidak banyak yang boleh diperkatakan apabila semua pemain memberikan segala-galanya sepanjang perlawanan.

“Kami tidak mahu mengulangi kesilapan dilakukan ketika berdepan Bulgaria sebelum ini. Walaupun menang tetapi saya sudah mula memikirkan bagaimana untuk bermain lebih baik bulan depan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN