fbpx
Suspek (depan sekali) tiba di Kompleks Mahkamah Butterworth. SITI NUR MAS ERAH AMRAN/-KOSMO!

Anak khayal dadah cungkil mata ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang pengawal keselamatan direman empat hari bermula hari ini selepas dipercayai mencederakan ibunya yang baru sahaja pulang dari masjid di sebuah flat di Mak Mandin di sini, semalam.

Perintah reman ke atas suspek lelaki berusia 47 tahun itu dikeluarkan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari semalam, mangsa yang berusia 72 tahun dikatakan baru pulang ke rumah selepas mengikuti kelas agama di masjid berhampiran.

Sebaik masuk ke dalam rumah, suspek yang juga anak kedua mangsa tiba-tiba menghalau ibunya keluar sebelum menyerang warga emas tersebut.

Suspek dikatakan turut mencungkil mata ibunya sebelum menyerang mangsa dengan objek tajam. Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan jiran sebelum dikejarkan ke hospital.

Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek di rumah dan pemeriksaan mendapati lelaki itu positif dadah. Suspek baru sahaja dibebaskan daripada pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan pada 2 September lalu.

Difahamkan, suspek yang sering mengamuk turut mempunyai rekod jenayah dan dadah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN