fbpx
POLIS melakukan serbuan gelanggang perjudian laga ayam di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru dan Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi semalam.

43 kena cekup tengah leka judi sabung ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seramai 43 individu yang sedang leka berjudi laga ayam dicekup polis dalam dua serbuan berasingan di Kampung Melayu Pandan, di sini dan Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi, semalam.

Dalam serbuan antara 12.35 tengah malam hingga 4 petang itu, polis turut merampas 34 ekor ayam yang digunakan dalam kegiatan perjudian tersebut.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 28 warga tempatan dan 15 warga asing berusia 21 hingga 71 tahun.

Katanya, operasi dilaksanakan hasil maklumat awam dan risikan Bahagian Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) bersama Bahagian Siasatan Khas (D9) Kontinjen Johor serta pasukan jenayah daerah Seri Alam dan Kota Tinggi.

“Modus operandi licik kumpulan terbabit adalah dengan memilih kawasan pedalaman sebagai lokasi gelanggang bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

“Hanya pelanggan tertentu yang dikenali akan dijemput masuk. Pertarungan ayam dijalankan dalam gelanggang bulatan dengan setiap sesi berlangsung kira-kira 20 minit dan lima hingga 10 pertaruhan dijalankan.

“Nilai pertaruhan bermula daripada RM550 hingga RM2,000, manakala penganjur mengambil komisen sebanyak 10 peratus daripada jumlah keseluruhan wang pertaruhan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN