fbpx
Dua suspek melarikan wang tunai berjumlah 1 bilion rupiah. - Istimewa

23 hari sembunyi dalam hutan, pencuri dicekup ketika keluar cari makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Dua pencuri yang melarikan wang tunai sebanyak 1 bilion rupiah (RM257,489) akhirnya ditangkap selepas mereka keluar dari tempat persembunyian dalam hutan di wilayah Kalimantan Barat gara-gara kelaparan, lapor laman berita Detik kelmarin.

Ketua Polis Lamandau, Asisten Komisioner Kanan Joko Handono berkata, kedua-dua suspek bersembunyi dalam hutan selama 23 hari sebelum mereka keluar mencari makanan di kampung berdekatan.

“Polis berjaya menahan dua suspek kes pencurian dan beberapa barang bukti,” kata Joko.

Tambah Joko, penduduk kampung melaporkan melihat kedua-dua lelaki itu sedang mencari makanan dalam keadaan mencurigakan.

“Mereka makan buah pisang dan ubi yang ditanam penduduk,” kata Joko sambil menambah, penduduk yang berasa curiga membuat laporan mengenai dua lelaki berkenaan.

Dalam kejadian pada 11 Ogos lalu, dua suspek memecahkan cermin sebuah kereta Pajero milik mangsa yang diparkir di hadapan sebuah hotel di Kobar.

Mangsa sebelum itu baru selesai mengeluarkan wang dari sebuah bank berjumlah 1 bilion rupiah dan meletakkan kenderaannya seketika untuk membeli makanan.

Kedua-dua suspek memecahkan kereta mangsa lalu melarikan wang tunai yang baru dikeluarkan, kata polis. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN