fbpx
KEMENANGAN ke atas Palestin mampu memberikan kelebihan buat Harimau Malaya untuk mendaki tangga ranking FIFA.

Wajib menang atasi Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD Harimau Malaya wajib menang ke atas Palestin dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam esok sekiranya serius untuk berada di atas kelompok ranking 120 pasukan terbaik dunia sebelum penghujung tahun ini.

Pemerhati sukan tanah air, Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, keputusan positif perlu dilakar ke atas jaguh Asia Barat itu yang berada di ranking ke-98 kerana ia menjanjikan pungutan mata yang lebih baik.

“Saya rasa Malaysia perlu menang ke atas Palestin kalau kita nak teruskan momentum mendaki kedudukan ranking dunia.

“Mungkin untuk berada dalam kelompok 100 terbaik sudah tidak sempat pada tahun ini, namun kita boleh sasarkan berada di posisi belasan (119 ke-111) yang dianggap lebih realistik.

“Malaysia pun tidak banyak lagi perlawanan dan kita perlu manfaatkan segala peluang yang ada,” katanya kepada Kosmo!.

Malaysia yang masih segar dengan kejayaan menewaskan Singapura 2-1 kekal berada di kedudukan ranking ke-125 dunia selepas mempamerkan aksi tanpa kalah dalam empat kejohanan rasmi tahun ini.

Selepas bertemu Palestin, skuad negara akan fokus bertemu Laos sebanyak dua kali pada aksi kelayakan Piala Asia 2027, Oktober depan sebelum menutup tirai antarabangsa menentang Nepal pada November.

Sementara itu, Pekan turut mengingatkan agar skuad kendalian Peter Cklamovski tidak terlalu selesa dengan prestasi semasa kerana Palestin adalah ujian sebenar buat Harimau Malaya tahun ini.

“Kita tahu Palestin berada dalam ranking atas 100 dunia dan barisan pemain mereka hampir semua beraksi di kelab luar negara.

“Meskipun tersingkir daripada saingan kelayakan Piala Dunia 2026, mereka ada motivasi yang tinggi untuk beraksi dalam saingan Piala Arab FIFA yang akan berlangsung pada penghujung tahun ini,” kata Pekan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN