fbpx
Tangkap layar video memaparkan suasana pilu menyelubungi majlis perkahwinan.

[VIDEO] Majlis sanding bertukar pilu, ayah pengantin meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kemeriahan sebuah majlis perkahwinan bertukar hiba selepas pengantin menerima perkhabaran bahawa ayahnya meninggal dunia ketika majlis bersanding sedang berlangsung.

Momen menyayat hati itu dikongsikan menerusi akaun TikTok, @Fotorasi yang memperlihatkan suasana majlis bertukar sebak dengan tangisan ahli keluarga dan tetamu.

“Majlis bertukar berduka, ajal maut di tangan Tuhan. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah,” tulis kapsyen video berkenaan.

Perkongsian itu meraih simpati orang ramai, malah ruangan komen turut dipenuhi pengalaman pahit netizen yang pernah melalui kehilangan insan tersayang pada hari bahagia mereka.

“Ayah tu lagi penting, bersanding itu adat sahaja. Al-Fatihah.” kata @Kim mochi.

“Majlis menjadi kenangan paling hitam tetapi pengantin dan keluarga tetap kuat hadapi dugaan,” kata @Butik shaiemy andaman klasik.

“Kawan saya pun pernah lalui. Hari majlis kesyukuran keluarga, hari itu juga ayahnya meninggal. Majlis menjadi dua dalam satu dengan kesyukuran dan kedukaan.” jelas Muhammad Afiq.

“Bang, nasib kita sama. Di hari sanding menjadi hari paling gelap bila seorang ayah meninggalkan kita selamanya. Al-Fatihah abah.” kata pengguna lain.

Video tersebut terus mengundang rasa simpati ramai yang mendoakan agar keluarga pengantin tabah menghadapi ujian berat itu. – KOSMO! ONLINE

@fotorasiMajlis bertukar berduka , ajal maut di tangan tuhan , semoga arwah ditempat orang orang beriman . Sama kita sedekah Al-fatihah

♬ Salam Terakhir – ◦•●◉✿💞🇷 🇪 🇪 🇿💞✿◉●•◦

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI