fbpx
Siew Khim (kanan) bersama penerima kad pengenalan di Pusat Transit Gelandangan, hari ini. - Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

Tidak daftar perkahwinan antara sebab tiada kewarganegaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Program Kewarganegaraan Pulau Pinang (PKPP) berjaya menyelesaikan 569 daripada 3,504 kes membabitkan permohonan kewarganegaraan antara tempoh 2013 hingga kini.

Daripada 3,504 kes itu juga, hanya 43 kes masih dalam tindakan di bawah program terbabit manakala 2,892 kes lagi dalam tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta agensi berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Lim Siew Khim berkata, semua kes yang berjaya diselesaikan itu merangkumi permohonan di bawah Perkara 14 (Pendaftaran Kelahiran Luar Negara – Melebihi Setahun), Perkara 15A, Perkara 15(1), Perkara 15(2), Perkara 16 serta Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Selain itu, ia turut melibatkan permohonan lain seperti pendaftaran lewat sijil kelahiran, pendaftaran lewat kad pengenalan, pengangkatan kanak-kanak bukan warganegara, pengesahan taraf warganegara, pembetulan atau pindaan maklumat sijil kelahiran serta Perkara 13 iaitu berkaitan anak luar nikah.

“Antara faktor ramai individu yang lahir di Malaysia, namun tidak mendapat mendapat kewarganegaraan adalah disebabkan tiada sijil kelahiran, status ibu bapa yang rumit serta perkahwinan yang tidak berdaftar.

“Namun begitu, dengan bantuan program ini (PKPP), sebahagian besar daripada mereka kini telah berjaya mendapatkan taraf kewarganegaraan dan dapat meneruskan persekolahan, bekerja serta menikmati hak asasi masing-masing,” katanya pada sidang akhbar berkaitan Kejayaan Permohonan Kewarganegaraan Kanak-Kanak di Pulau Pinang di Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang di sini, hari ini.

Tambah Siew Khim, ibu bapa atau penjaga yang berdepan kesulitan berhubung permohonan kewarganegaraan dan sebagainya boleh mendapatkan bantuan menerusi program percuma tersebut. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI